Untuk melihat versi dan mengenalpasti masalah DirectX:
1) Klik Start -> Run
2) Taipkan "dxdiag" atau "dxdiag.exe" dan tekan butang Enter
3) Satu tetingkap maklumat DirectX akan dipaparkan (Lihat Rajah 1)

Dalam tetingkap ini anda akan dapat melihat maklumat versi DirectX, nama PC, pemproses, memori, BIOS, maklumat page file dan sebagainya.
Dengan memilih tab Display (Lihat Rajah 2), anda akan dapat melihat maklumat berkaitan dengan kad grafik. Sebagai contoh sekiranya anda gagal bermain permainan komputer yang memerlukan kapasiti memori tertentu, kemungkinan kad grafik anda tidak menepati keperluan minimum yang diperlukan oleh permainan tersebut. Anda boleh selesaikan masalah ini dengan cara memperuntukkan perkongsian memori (shared memory) kepada kad grafik melalui BIOS.

Begitu juga untuk masalah pemacu perisian kad bunyi (sound driver), ia boleh dikenalpasti pada tab Sound dan Input (Lihat Rajah 3).

Sumber : www.ilmuit.com